“Aramai tih!” ujar Apoy
dengan perasaan yang teruja. Apoy yang pertama kali mahu menjejakkan kaki ke
kampung yang terletak tidak jauh dari pekan Tamparuli menyanyi dan bersiul
kecil. Sekejap dia menari, sekejap lagi dia mengangkat kedua-dua tangannya di
tempat duduk hadapan kereta Exora yang dipandu oleh Brenda.
Perjalanan rakan sekuliah
Seni Persembahan dari Universiti Malaysia Sabah ke kampung Logub mengambil masa
lebih kurang 30 minit. Itu kata Michelle, anak jati Tamparuli. Namun, dia
membesar di da lain. Salfarina dan Kristina yang duduk di belakang juga agak
teruja apatah lagi tujuan mereka untuk melihat sendiri majlis perkahwinan kaum
Dusun. Kata Michelle, majlis perkahwinan ibu saudaranya bermula pada pukul 12
tengahari.
“Ish, Apoy. Sudahlah, nda
payah kau terkinja sangat kat depan tu! Habis rosak maskara kau nanti!”
Salfarina berseloroh sambil menepek bedak kompak yang dikeluarkan dari beg
tangannya. Belajar dalam kalangan orang Sabahan selama dua tahun, dia kini
sudah biasa dengan loghat Sabahan.
“Kau kenapa nyah? Jeles? Ha ha ha! Suka hati I lah nak tergedik macam bayau kat Sepilok tu.”
Apoy atau nama sebenarnya Aizul Fakhri menjawab.
“Tak kuasa aku, nyah!” Salfarina cebik bibir dan
membelek telefon bimbit Iphone miliknya.
Brenda yang sedang memandu cuma tersenyum. Bukan dia tak tahu rakan sekuliahnya
memang akrab dan ‘gila-gila’. Adakalanya, dia bertanya dengan Michelle arah
menuju ke kampungnya.
Setelah melewati Jambatan
Tamparuli, kereta Exora itu terus melalui jalan yang agak curam.
“Tingginya bukit ni,
Michelle! Jauh lagi ke kampung kau?” Apoy tidak henti-henti bercakap.
“Ala, nda lah jauh betul. Nanti kau dengar
bunyi gong, di sanalah tu...” Michelle menjawab acuh tak acuh.
“Tagung?” Apoy bingung.
“Ala, gong bah. Kan kita pernah nampak masa
Festival Kebudayaan tu. Biasanya ada tujuh
saiz, cara nak pukul atau palu pula nda sama.” Michelle menjelaskan
dengan lebih lanjut.
“Lah, yeke? Ha ha!” Apoy ketawa lagi. Suka benar
dia.
Sewaktu menghampiri
Kampung Bungaliu, lagu Village Boy
versi cha cha berkumandang di radio.
Apoy ikut menyanyi lagu Anak Kampung itu dalam versi bahasa Melayu. Menurut
Michelle, selepas kampung Bungaliu, mereka akan nampak papan tanda kampung
Logub.
“Eh, kenapa line tiba-tiba putus?” Salfarina yang
menelefon ibunya merungut.
“Kat phone aku pun tak ada line. Michelle, sini line okay tak?” Apoy bertanya kepada
Michelle.
“Mungkin
ada hantu limpas tadi. Ha ha ha!” Kristina ketawa.
“Isy,
kamu ni...” Brenda tenang.
“Eh,
aku macam nampak kepala sami Amitabha! Korang nampak tak?” Apoy tuding jari ke
arah tersebut sambil buat gaya sami berdoa. Semua cuba melihat ke sebelah kiri
kecuali Brenda yang sedang fokus memandu. Ketika yang lain sedang fokus mencari
objek yang dituding oleh Apoy, Brenda pula nampak seorang gadis yang melambai
ke arahnya tetapi kepalanya agak tunduk sedikit. Dia kecilkan mata dan cuba
mengamati wajah perempuan itu.
“Atukoi!” Brek kaki ditekan laju,
menyebabkan tubuh mereka semua terdorong ke depan.
“Brenda,
okay?” Pertanyaan diutarakan apabila
dilihatnya Brenda seolah terkejut.
“Why, why, why?” Apoy yang memang kepoh juga
bertanya.
“Nothing. Sorry guys. Eh, Michelle jauh lagikah?” Brenda bertanya.
“Hampir
sampai rasanya. Dah lamalah nda
datang sini. Cuba tengok kalau ada bunyi gong atau kereta berparkir banyak.”
Sepanjang
jalan, mereka melihat banyak rumah di tepi jalan dan penduduk kampung yang
sedang berjalan. Peliknya, mereka semua seolah tunduk. Mereka juga tidak dapat
melihat wajah mereka kecuali bahagian belakang badan mereka.
“Eh,
cuba buka tingkap sikit. Rasa macam dengar bunyi gonglah! Tapi macam
sayup-sayup je...” Salfarina menduga.
“Tapi
kenapa bunyi lain macam, tu bukan bunyi yang biasa kita dengar...” Brenda
mencelah. Brenda berasal dari Keningau dan berbangsa Murut. Antara mereka semua,
dia yang paling tua.
Bersambung...
Nak baca
cerita penuh?
Dapatkan
Antologi Cerpen Lebuh Raya, juga
memuatkan 19 cerpen penulis lain. WhatsApp 019-531-7018 sementara stok masih
ada.

No comments:
Post a Comment